Selasa, 21 Disember 2010

1 MALAYSIA KRONI DI DAHULUKAN DUIT DI UTAMAKAN

Perdana Menteri selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara,terus merangka dan merancang untuk menyatu dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.Ia nya ekoran dari keputusan pilihanraya ke 12 rakyat telah memberi isyarat dengan memberi keputusan undi kepada pembangkang.PM telah membuat keputusan yang bijak dengan slogan 1 Malaysia ,rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.menyebabkan rakyat mula tertarik dengan slogan itu.ini lah kehendak rakyat,yang susah di bela, yang miskin di bantu,rata2 rakyat memuji kepimpinan PM .pemimpin berjiwa rakyat.

Kepimpinan di peringkat tertinggi telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membantu rakyat,supaya rakyat hidup selesa aman dan sejahtera.yang tak ada rumah di beri rumah,yang nak berniaga di berinya modal dengan cara pinjaman mudah,anak2 sekolah selesa belajar dengan bangunan baru,dan yang miskin di beri pula wang dan makanan percuma.pendek kata segala2nya untuk memberi kesejateraan kepada rakyat.

Apa yang penulis tak puas hati tentang sikap dan perangai pemimpin2 di peringkat pertengahan(Bahagian) dan pemimpin di peringkat bawahan (cawangan).mereka ini merupaakan orang perantaraan rakyat dengan kerajaan.mereka ini tempat rakyat mengadu dan meminta pertolongan.tak di sangka sama sekali dengan perwatakan yang menarik,dengan muka yang manis masuk ke kampung nak jumpa rakyat nak tahu masaalah rakyat konon,apa2 masaalah rakyat,yang perlukan bantuan atau projek akan di bawa ke atas.segala bantuan dan projek di luluskan,yang minta zink di beri,yang perlu baikpulih rumah di laksana.tapi yang sedih nya kalau mita zink 10 keping sampai lima lima keping sahaja,yang baikpulih rumah tak sempurna juga.kalau ada perojek bernilai RM1000.00 yang sampai paling tinggi hanya RM700.00 sahaja.kemana pergi yang se lebih lagi kalau tak di baham oleh buaya2 di peringkat Bahagian dan kroni2nya.Kerajaan pusat telah memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan baru2 ni,kata nya wang itu akan di agih2kan kepada orang miskin dan murid2sekolah,tapi apa yang berlaku,wang tak sampai kepada sasaran,hanya masuk poket orang2 tertentu serta kroni2nya.bukan nya masuk akaun murid2.

Mereka2 ini lah merupakan penyamun dalam selimut,tengok2 tukar kereta baru.dan mereka ini pemusnah parti sebab tu lah bila tiba musim pemilihan jawatan berebut2 hendakkan jawatan, nak berkhidmat kepada rakyat konon,tapi nak kebas duit rakyat.di sebabkan mereka2 ini lah rakyat hilang keyakinan dan tidak menaruh kepercayaan lagi pada umno.kalau pucuk pimpinan tidak mengambil apa tindakan tak hairan lah rakyat akan berpaling tadah.jangan di harap nak rampas kelantan pada pru 13 nanti.